Kecergasan Sistem Otot (Kekuatan Otot + Daya Tahan Otot + Kuasa) [Edisi Penerangan]
Saya tangguhkan dahulu penulisan cadangan aktiviti kapasiti aerobik (edisi guru) atas pengumuman penyambungan PdPR sehingga bulan 10. Hal ini kerana cadangan aktiviti yang saya kemukakan adalah lebih sesuai untuk dilakukan semasa pembelajaran bersemuka. Bukan untuk pembelajaran secara maya. Jadi saya teruskan penerangan untuk komponen-komponen yang lain dahulu Kecergasan Sistem Otot Kecergasan sistem otot merangkumi komponen kekuatan otot, daya tahan otot dan kuasa. Kita rangkumkan semua komponen tersebut dalam satu istilah (Kecergasan Sistem Otot) kerana secara dasarnya, ketiga-tiga komponen melibatkan penggunaan sistem otot. Latihan bagi meningkatkan ketiga-tiga komponen juga hampir sama. Saya ulang semula definisi bagi setiap komponen Kekuatan Otot Merupakan kemampuan otot melakukan aktiviti (kerja) untuk mengatasi rintangan atau beban dengan menggunakan daya maksimum. Seseorang yang mempunyai kekuatan otot yang tinggi dapat mengangkat/mengatasi satu beban yang berat. Beban ya...