Posts

Showing posts from August, 2021

Kecergasan Sistem Otot (Kekuatan Otot + Daya Tahan Otot + Kuasa) [Edisi Penerangan]

Image
Saya tangguhkan dahulu penulisan cadangan aktiviti kapasiti aerobik (edisi guru) atas pengumuman penyambungan PdPR sehingga bulan 10. Hal ini kerana cadangan aktiviti yang saya kemukakan adalah lebih sesuai untuk dilakukan semasa pembelajaran bersemuka. Bukan untuk pembelajaran secara maya. Jadi saya teruskan penerangan untuk komponen-komponen yang lain dahulu Kecergasan Sistem Otot Kecergasan sistem otot merangkumi komponen kekuatan otot, daya tahan otot dan kuasa. Kita rangkumkan semua komponen tersebut dalam satu istilah (Kecergasan Sistem Otot) kerana secara dasarnya, ketiga-tiga komponen melibatkan penggunaan sistem otot. Latihan bagi meningkatkan ketiga-tiga komponen juga hampir sama. Saya ulang semula definisi bagi setiap komponen Kekuatan Otot   Merupakan kemampuan otot melakukan aktiviti (kerja) untuk mengatasi rintangan atau beban dengan menggunakan daya maksimum. Seseorang yang mempunyai kekuatan otot yang tinggi dapat mengangkat/mengatasi satu beban yang berat. Beban ya...

Kapasiti Aerobik Tingkatan 1 [Edisi Guru]

Image
Saya akan berpandukan DSKP dan buku teks tingkatan 1 untuk menentukan isi pembelajaran, aktiviti dan penerangan setiap aktiviti. Saya letakkan potongan daripada DSKP yang telah saya edit berkaitan dengan aktiviti kapasiti aerobik. Kemudian saya akan cuba cadangkan aktiviti yang dapat memenuhi kehendak Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. Saya akan cadangkan satu per satu mengikut point  dalam DSKP (3.1.1 > 3.1.2 ataupun TP 1 > TP 2 > TP 3 dan seterusnya) Prinsip FITT Sebelum memulakan pembelajaran dalam topik kecergasan, kita perlu perkenalkan dahulu formula FITT kepada murid kita. Hal kerana dalam topik kecergasan, formula FITT merupakan asas bagi membantu pelajar kita melakukan aktiviti dan menyusun jadual latihan daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, boleh pergi ke entry  saya berkaitan  Prinsip Aktiviti / Latihan Fizikal dan Formula FITT  ataupun  Kapasiti Aerobik [Edisi Penerangan] ...

Kapasiti Aerobik [Edisi Penerangan]

Image
Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam khususnya kepada pembaca blog dan page saya. Semoga kita semua dapat mencapai hajat dan memberikan manfaat kepada orang sekeliling pada tahun hijrah yang baru ini hendaknya. InsyaAllah.  Hari ini saya masuk lebih dalam bagi setiap komponen  kecergasan fizikal berasaskan kesihatan . Komponen pertama yang saya akan kupaskan adalah komponen Kapasiti Aerobik atau juga dikenali sebagai Daya Tahan Kardiorespiratori. Saya akan gunakan istilah Kapasiti Aerobik sesuai dengan silibus KSSM Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang terkini. Seperti yang saya telah kupaskan dalam enty  kecergasan fizikal berasaskan kesihatan , Kapasiti Aerobik didefinisikan sebagai k eupayaan maksimal oksigen dalam darah yang dipam oleh jantung ke seluruh anggota dan kumpulan otot-otot besar badan ketika melakukan aktiviti fizikal. Kapasiti aerobik terdiri daripada sistem kardiovaskular dan sistem Pernafasan ( Hence Cardiorespiratory Endurance ). Sistem kardiov...

Prinsip Aktiviti / Latihan Fizikal dan Formula FITT

Image
Sebelum kita masuk kepada setiap komponen, lebih baik pada pendapat saya untuk kita lihat dulu prinsip-prinsip dalam melakukan aktiviti/latihan fizikal dan formula FITT yang kita akan gunakan dalam setiap komponen. Dengan pemahaman prinsip ini, InsyaAllah lebih mudah untuk kita menyusun sendiri dan membimbing pelajar kita untuk menyusun latihan fizikal mereka sendiri. Bergantung kepada bahan rujukan, prinsip aktiviti fizikal boleh menjadi sebanyak 7 atau lebih. Tetapi berdasarkan rujukan saya dalam buku Fitness For Life   oleh  Charles B. Corbin  dan juga nota pembelajaran saya semasa di universiti, terdapat 4 prinsip yang mudah dan sesuai untuk digunakan dalam merancang aktiviti fizikal bukan bermatlamatkan pertandingan. Prinsip tersebut adalah : Prinsip Lebih Beban ( Principle of Overload ) Prinsip Adaptasi ( Principle of  Adaptation ) Prinsip Ansur Maju ( Principle of Progression ) Prinsip Pengkhususan ( Principle of Specificity ) Prinsip Lebih Beban (...

Kecergasan Fizikal Berasaskan Lakuan Motor

Image
Dalam entry  kali ini, saya kupas pula mengenai Kecergasan Fizikal Berasaskan Lakuan Motor. Sebagai Refresher , kita lihat semula konsep  kecergasan fizikal . Kecergasan fizikal merupakan salah satu komponen dalam kecergasan keseluruhan. Dalam kecergasan fizikal pula, terdapat 2 aspek kecergasan fizikal yang ada iaitu  kecergasan fizikal berasaskan kesihatan  yang terdiri daripada 5 komponen dan kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor yang terdiri daripada 6 komponen. Kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor didefinisikan sebagai komponen yang membantu kita untuk beraksi dengan baik dalam sukan dan aktiviti lain yang memerlukan kemahiran motor. Sebagai contoh, Kelajuan membantu kita untuk beraksi lebih cemerlang dalam acara lari pecut. 6 komponen ini sebenaranya tetap mempunyai manfaat terhadap kesihatan tetapi manfaatnya kurang berbanding dengan komponen yang diklasifikasikan sebagai komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan. 6 komponen tersebut adalah...