Posts

Showing posts from July, 2021

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

Image
Untuk meneruskan kesinambungan topik yang lepas, saya ceritakan pula mengenai aspek Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan . Seperti yang telah tertera pada namanya, komponen yang dikelaskan dalam kecergasan fizikal berasaskan kesihatan ini berkait rapat dengan kesihatan. Kajian menunjukkan bahawa komponen ini dapat mengurangkan risiko kita menghidapi penyakit hipokinetik (kurang pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Komponen ini juga dapat mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan yang baik serta membantu kita untuk berfungsi secara efektif dalam kehidupan seharian. Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan terdiri daripada komponen-komponen yang berikut : Komposisi Badan Merujuk kepada kandungan tubuh badan kita yang terdiri daripada lemak, otot, tulang dan air dalam badan. Kebiasaannya peratusan lemak dalam badan digunakan untuk menilai komponen komposisi badan yang berkaitan dengan kesihatan. Ujian BMI adalah antara ujian yang digunak...

Kecergasan Fizikal [UPDATED]

Image
Apabila bercerita mengenai Pendidikan Jasmani, tidak boleh tidak kita menyentuh topik mengenai kecergasan fizikal. Memandangkan saya sedang mengajar topik kecergasan fizikal kepada pelajar saya, maka lebih mudah untuk saya membuat entry mengenai topik ini. Untuk pengetahuan semua, kecergasan fizikal merupakan salah satu kecergasan yang telah dikelaskan dibawah konsep kecergasan keseluruhan (Total Fitness). Kita lihat dulu mengenai kecergasan keseluruhan ini.  Kecergasan Keseluruhan ( Total Fitness ) Kecergasan keseluruhan meliputi aspek-aspek corak hidup, senaman, rekreasi, makanan dan pemakanan dan gaya hidup aktif. Konsep kecergasan keseluruhan merangkumi 5 aspek : Kecergasan Fizikal (Physical Fitness) Merujuk kepada keupayaan individu untuk melakukan  aktiviti harian   dengan lebih berkesan  tanpa rasa letih dan lesu   serta masih mempunyai lebihan tenaga untuk aktiviti kesenggangan dan semasa menghadapi kecemasan. Kecergasan Mental (Mental Fitness) Merujuk ...